PERHATIAN!!
Blog ini direka semata-mata untuk kepuasan aku berkarya tanpa dikritik atau di follow..
pesanan aku, x perlu follow blog ni kerana hanya merugikan masa anda..
sila la follow blog yang lain..
ini adalah amaran keras..
sila ambil perhatian!!!

8/2/10

Mata Hati

Apabila mata hati itu terbuka,
Kau pasti akan sedar betapa pentingnya,
insan bernama Aku,
Kerana insan itu pernah bertakhta di hati mu.

Apabila mata hati itu terbuka,
Kau pasti melihat cahaya,
kerana cahaya itu selama ini padam,
dan membutakan mata hatimu.

Disebalik mata hati yang kau butakan,
Terbit sedikit rasa,
yang pernah menghantui perasaan,
Dan rasa itu,
tidak lapuk dek hujan,
tidak lekang dek panas.

Tiap kali tiba saat ini,
Mata hati kau terus tertutup,
kerana hanya mataku yang terus-terus,
mengingati mu.

SELAMAT HARI LAHIR